There was an error in this gadget

Pages

Popular Posts

Saturday, 21 January 2012

LAPORAN FORUM ON POSITIVE THINKING :

LAPORAN FORUM ON POSITIVE THINKING :
KESANNYA PADA IBADAH, KESIHATAN, KERJA DAN PERNIAGAAN

1. Perkara di atas telah di adakan di rumah Doctor Mohd Rosli bin Majid pada 14 jan 2012 ( sabtu malam ahad dari jam 9 pm sehingga 12 pm
2. Majlis bermula dengan bacaan yassin dan tahlil dari pelajar hafis Al-Rashad dan ahli jamaah surau Hj Ismail.
3. Semua ahli Koperasi Puncak Alam Selangor Bhd,Shah Alam 2, Puncak Alam, Selangor dan PASRA hadir dan mereka menjayakan aktiviti ini dengan menyumbang tenaga , khemah, BBQ, PA system dan kerusi meja.
4. Semua yang hadir telah membawa seksyen ekor ayam untuk projek BBQ seperti yang di persetujui bersama sebagai program practical kerjasama positive.
5. Jamuan nasi kampong telah di sponser oleh Dr Doctor Mohd Rosli bin Majidi untuk kehadiran 100 orang ( 30 pelajar hafis + 10 ahli surau+ 16 orang ahlikeluarga KT 9 + 20 ahli keluarga terdekat+ 20 ahli helwa, pasra dan kopas).
6. Ceramah telah di sampaikan oleh ahli panel terdiri dari Doctor Mohd Rosli bin Majidi, Dato’ Dr Marzalina dan puan Zunaina.
7. Antara isi ceramah yang di sentuh adalah
a. Doctor Mohd Rosli bin Majidi:
i. Memulakan dengan persolan kenapa setengah orang ceria, setengah berserabut, masam kusut masai. Mengapa setengah yakin, bahagia bergaya dan yang lain rasa rendah diri, sedih dan meyendiri. Mengapa setengah pelupa dan yang lain very orgonise dan kuat ingatan seperti Firman Allah “ kami yang membacakannya , maka kamu tidak lupa”.
ii. Menekankan fadilat menuntut ilmu dan majlis mengingati Allah di mana peserta akan di beri ketenangan, malaikat berkumpul sehingga ke aras, di hapus kan dosa dan boleh Berjaya di dunia akhirat.
iii. Allah yang Maha Pemurah danmaha Penyayang, tidak mungkin akan menciptakan kita hambanya seorang lemah, tidak di lengkapkan dengan berbagai keistimewaan.
iv. Positive thinking di tekan kan dalam kalimah shahadah di mana ia adalah sebaik baik zikir. Apabila kita menyebut ‘ tiada tuhan yang di sembah melain kan Allah ‘ kita menolak dan membuang semua kepercayaan negative, kekuasaan negative melainkan kekuasaan yang satu.
v. Dalam Al- Fatihah juga di suruh ikut golongan positive (orang soleh) jangan ikut golongan negative (orang yang sesat).
vi. Dalam Amalan Haji iaitu melontar di Mina kita di suruh membaling syaitan. Falsafahnya kita di suruh berulang kali membuang sifat negative yang datangnya dari Syaitan kerana ia merosakkan iman, ibadah, kesihatan dan menghalang kita Berjaya di dunia dan akhirat.
vii. Hormon Cortisol akan timbul bila kita risau dan menyebabkan brain damage, begitu juga dengan toksik –ve yang menyebabkan kita letih, tak bermaya di sebabkan emosi marah, sedih, malas, dan geram, dengki dll.
viii. Semua kita adalah pemimpin. Jadi seperti zaman kita kanak kanak dulu. Berani mencuba. Cuba berniaga, cuba benda baru, menjadi lebih creative dan innovative. Amalkan Saling bantu membantu, nasihat menasihati ( “Siapakah yang lebih baik perkataannya dari orang yang menyeru ke Jalan Allah”, “sampaikan dari ku walau satu ayat”).
ix. Tingkatkan keyakinan diri ( iman yang kuat). Latihan awalnya boleh di buat dengan modul jalan di atas bara api.
x. Bagaimana nak diagnos dan membuang toksik negative dalam badan agar kekuatan dalaman menyerlah boleh di pelajari dalam modul berikutnya.
xi. Kejayaan yang besar datangnya dari pengorbanan yang besar. Untuk mengujudkan supermarket atau hospital koperas, i ahli mesti menyumbang dan menggunakan serta menyokong kemudahan yang di sediakan
b. Dato’ Dr Marzalina: rujuk lampiran A tetapi ringkasnya beliau menekankan:
i. Rukan islam dan rukun iman
ii. Untuk Berjaya di dunia dan akhirat ilmu sangat penting. Cara mendapat ilmu adalah melalui:
1. Membaca
2. Lihat
3. Perhati
4. Tanya
5. Mengembara
6. Belajar dari yang lepas
7. Berdoa dan beramal
c. Puan Zunaina: Beliau menjelaskan konsep positive thinking dalam kontek business dengan menunjukkan perkara berikut:
i. SWOT analisis dengan mengetahui kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang yang ada kita boleh merancang untuk Berjaya. Ada modul khas berkaitan tajuk ini.
ii. Video motivasi bagaimana orang yang tiada kaki dan tangan boleh Berjaya dan menjadi orang hebat dalam member motivasi dan bersukan. Apatah lagi kita yang semuanya cukup.
iii. Video orang yang aada bakat membuat sampan , tapi tidak mengetahui kekuatannya serta membuat kerja menggunakan bahan yang tak elok, akhirnya gagal.
iv. Berbincang peluang dan cara menggunakan kekuatan dan mengatasi kelemahan dalam organisasi.
v. Kepimpinan dalam koperasi. Bersama sama menyelesaikan masalah setempat melalui perniagaan


8. Majlis tamat jam 1 am

Thursday, 22 July 2010

MARI SERTAI PROJEK EMAS HITAM DI ANGKASA

BAGAIMANA CARA BERNIAGA DAN MEMBUAT PROJEK YANG ANDA SUKAI DAN YAKIN BERJAYA

1. Banyak cara untuk berniaga, mencari rezki, dan bekerja . ada yang suka kerja makan gaji dan ada yang berniaga atau berusaha sendiri. Setengahnya kerja makan gaji tetapi ada kerja sampingan untuk mendapat pendapatan secara aktif atau melabur dalam hartanah atau di ASB untuk mendapat pendapatan secara aktif.

2. Kerja makan gaji memerlukan kepakaran tertentu. Lagi besar kepakarannya lagi besar gajinya.

3. Peniaga tidak memerlukan ilmu kepakaran yang tinggi. Sebab itu semua orang boleh menjadi tauke. Menguruskannya dan membuat kerja technical di gajikan pada pakar. Use other people expertise bagi yang ada duit tetapi tiada kepakaran dan masa.

4. Bagi yang tak ada duit tapi ada kepakaran use the other people money. Dia kena makan gaji atau JV atau menjadi share partner.

5. Bagi yang ada duit sedikit dan kepakaran tetapi cuba mengembangkan perniagaannya perlu juga menggunakan kedua duanya use other people money (bank) dan use other people expertise ( seperti juruaudit, pakar jantung, pakar tulang , pakar kanak kanak, renologi dll). Skill yang dia perlu ada , adalah communication skill , negociation skill dan networking menjaga kawan dan sahabat.

6. Contoh projek sarang burung

a. Ada yang suka buat projek sendiri. Dengan modal RM 10,000 hingga 30,000 pinjaman boleh di buat tanpa cagaran dan satu sarang burung kecil boleh di buat. Setelah ada hasil kembangkan setiap tahun RM30,000 per rumah . maka dalam 10 tahun ia berupaya mendapat hasil seperti modal RM 300,000

b. Ada yang suka buat projek besar.sekali buat dan sekali pening kepala je. Ia lebih cost effective dan Nampak bangunan yang membanggakan. Jika ada hasil , lebih bangga. Caranya

i. Joint venture. Buat satu bangunan RM 300,000 ( 3 tingkat). Joint 10 orang di mana setiap seorang adik beradik / ahli meminjam RM30,000. 10 orang menjadi RM300,000. Keuntungan di bahagi ikut Syer iaitu 10 % se orang.

ii. Melalui perjanjian syarikat dengan syarikat di mana setiap syarikat memiliki modal syer minima RM 5000. 100 syarikat menyumbang 500.000 dimana bangunan 4 ½ tingkata boleh di bina.

iii. Melalui koperasi. Syer minima 100 memerlukan 5000 orang untuk membena bangunan yang sama. Jika syer projek di buka seorang menyumbang 10,000 maka ia memerlukan 50 ahli (juga boleh di offer pada bukan ahli). Perjanjian dengan tuan tanah 50 tahun dimana syer tuan tanah adalah 10% atau ikut rundingan.

iv. Orang cina dari Singapore banyak JV dan buat projek walit ini di Malaysia. Orang eropah membuka syarikat shell mengali emas hitam di dasar bumi (minyak) di brunai dan arab dengan cara bergabung mengumpul modal yang besar membeli alatan dan kepakaran menggali.

v. Bagaimana dengan kita . adakah kita sanggup membiarkan emas hitam di angkasa (walit) di ambil oleh orang lain sedangkan asset ini Cuma berada di bumi bertuah ini. Tidakkah boleh kita bergabung melalui koperasi dan syarikat JV. Buatlah walit city yang menjadi contoh dan kembangkan ke Negara lain. Bantuan, kepakaran, pengalaman, teknologi sudah ada, Cuma yang perlu gabungan kewangan sahaja. Marilah kita bergabung. Berkorban sekali hasilnya seumur hidup.

vi. Menurut pendapat setiausaha menteri pertanian kongsi 10 orang adik beradik. Seorang boleh pinjam dgn agro bank, RM30,000 tanpa cagaran. Buat bangunan yang berharga RM300,000 (rujuk perbincangan di kantin ,wisma tani, putrajaya 13 1400 H july 2010)

7. Projek buat hospital

a. Joint dengan puncak alam untuk dapat tanh 4 ekar

b. Buat compak high rise bangunan hospital/ excellent center

c. Joint pensyarah UiTM untuk dapat kepakaran dalam semua bidang.

d. Offer perkhidmatan terbaik di dunia

e. Gaji doctor pakat terbaik dan gajikan yang termahal.

f. Dapatkan alatan terbaik untuk pakar terbaik

g. Laknakan health tourism, dapat pelancung kesihatan dari arab, Indonesia, thai, philipine dll

h. Cost hospital complet RM 400 juta. Buat penjaman under koperasi.

i. Baik dengan KKM untuk dapatkan lessen. Guna cable menteri/ pengarah/ MP.

j. Koperasi focus pada hartanah. Harta tetap yang boleh di cagar kepada bank. Paid up captal/ modal syer ahli di gunakan sebagai duit muka

k. Duit muka juga boleh di dapati dari bantuan kerajaan. Banyak peluang niaga boleh di dapati melalui koperasi dengan cara berbaik dengan SKM/ kementerian pertanian/JPV/agrobank/ bank rakyat dll


MARILAH BERJAYA DAN BERSATU MELALUI KOPERASI " KOPAS"

Thursday, 15 July 2010

KECERIAN ALAM - INDAH DAN HEBAT

video1. belajarlah dari kuda dengan ketangkasannya bergerak 2. tirulah gaya burung yang hebat di angkasa 3. lihatlah bagaimana ikan berenang. bolehkah kita berenang bersamanya manusia di jadikan lebih hebat. dengan akal kita boleh dapat sua ciri mereka. ciptalah alat yang boleh terbang, berenang dan berlari setangkas mereka.

Sunday, 2 May 2010

HOT SPOT DAN PERNIAGAAN INTERNET

peluang baru
kepada yang tiada kerja/ yang ingin tambah pendapatan/ yang minat IT dan suka cabaran/ yang suka tolong kawan.

1. DAPATKAN PENDAPATAN ONLINE
2. HANYA DI DEPAN KOMPUTER
3. KERJA DI RUMAH
4. PART TIME ATAU FULL TIME
5. PENDAPATAN MINGGUAN
6. DAPAT MENAMBAH ILMU TANPA SEMPADAN
7. MENDIDIK ANAK CELIK KOMPUTER DAN MENDAPAT PENDAPATAN TAMBAHAN
8. INCOME MINGGUAN
9. BERANI CUBALAH . DAFTAR PERCUMA. http://roslimj.bebaswang.com
10. JANGAN KLIK SINI JIKA TAK MAHU BERUBAH, TAK NAK ILMU DAN TAMBAH PENDAPATAN
11. SATU TAMAN ADA HOT SPOT , KEMUDAHAN INTERNET YANG PALING MURAH
12 KLIK SINI UNTUK MELIHAT CONTOH PERNIAGAAN INTERNET
13. BERTINDAK SEKARANG, JANGAN HANYA MENGELUH SAHAJA
14. ASUHAN DAN TUNJUK AJAR DI BERI PERCUMA.
15 LAMAN WAB JUGA DI BERI PERCUMA
IANYA PERCUMA, http://rosli.kelabjutawan.com/

PERNIAGAAN SET KHEMAH UNTUK KENDURI KENDARA

1. KOPAS MEMILIKI SET KHEMAH UNTUK DI SEWAKAN
2. BENTUK DAN WARNA BOLEH DI TEMPAH MENGIKUT KONSEP DAN TEMA MAJLIS
3. SET KHEMAH BESERTA KERUSI DAN MEJA
4. BAGI YANG TIDAK MAHU FIKIR BANYAK DAN BERSUSAH PAYAH, SET BUFET , PINGAN MANGKUK, PELAMIN, SET MAJLIS HARIJADI, JUGA DI SEDIAKAN
5. CALL SEKARANG DAPATKAN CONSULTATION PERCUMA BAGAIMANA NAK ORGONISE MAJLIS YANG MERIAH DAN MENJADI INGATAN
6. URUSAN VEDIO DAN CAMERA JUGA DI SEDIAKAN
7. URUSAN MEMANGGIL TETAMU DAN KAD JEMPUTAN MENJADI MUDAH
8. DAN LAIN LAIN PERKHIDMATAN UNTUK MENJADIKAN MAJLIS ANDA BERJALAN LANCAR
CALL HARI INI 012-2830978/ 03-33932637. HARGA PALING MURAH DI PASARAN

Tuesday, 30 March 2010

surat jawapan hasil mesyuarat

Kepada: Yang berkenaan Tarikh : 23hb March 2010


Tuan,
PER: JAWAPAN KEPADA SURAT PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI ALK

Merujuk kepada surat permohonan Perletakan Jawatan saudara yang bertarikh 19hb March 2010, pihak ALK telah bermesyuarat pada malam 21hb March 2010 jam 10mlm – 11.30mlm di 50, Lorong Cakera Purnama 12/15 dan telah memutuskan menerima perletakan jawatan saudara. Menurut undang-undang kecil (UUK KOPAS) pihak Lembaga kena melantik penganti saudara dalam tempoh 60 hari dan nama yang dicadagkan adalah saudara Md Zamer. Beliau di rasakan sesuai disebabkan beliau pernah menjadi setiausaha PASRA. Beliau juga seorang yang berdidikasi, mempunyai semangat team work yang kuat dan minat memajukan koperasi serta mempunyai banyak idea yang cemerlang.


1. Pihak lembaga ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih diatas sumbangan saudara selama ini. Tanpa saudara koperasi kita tidak akan wujud. Nama saudara akan kekal kerana ianya berada dimuka surat terakhir UUK.

2. Koperasi kita berjalan atas dasar amanah dan “Team Work”.Terima kasih kerana saudara amat memahami keadaan ini, walaubagaimana sibuk dan banyak masaalah peribadi pun koperasi kena berjalan kerana itu amanah ahli. Perletakan jawatan saudara dengan sukarela atas sebab munasabah amat dialu-alukan, kerana tindakan disiplin yang akan dikenakan kepada ahli yang bermasalah (contohnya; tidak datang mesyuarat lebih 3 kali, tidak boleh bekerjasama, kelakuan yang boleh menjejaskan perjalanan KOPAS, dll) akan menimbulkan pecah belah dan menyukarkan pentadbiran koperasi.

3. Untuk pengetahuan saudara , keputusan mesyuarat tergempar ALK pada 21hb March 2010 adalah:
a) Menerima perletakan jawatan saudara. Serah menyerah secara betul mestilah di buat kepada saudara Zamer sebagai ALK dan setiausaha KOPAS. Saudara bertanggung jawap memulangkan segala documen penting kepada KOPAS ( surat menyurat, minit mesyuarat AGM dan ALK, UUK samada dalam bentuk hard copy atau soft copy).
b) Melantik ALK baru sehingga AGM pada jun 2010.
c) Saudara juga masih bertanggung jawap keatas ALK jika sebarang penjelasan di perlukan.
d) membincang hal hal lain demi kemajuan KOPAS

4. Akhir kata diharap saudara dapat membantu dan membimbing koperasi bukan sahaja sebagai bekas ALK tetapi sebagai sahabat kami semua.

Sekian, terima kasih.

"KOPERASI PEMANGKIN EKONOMI"





Yang benar



DR MOHD ROSLI BIN MAJID
(Pengerusi KOPAS)


Sk
1. SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA
2. Fail pejabat KOPAS

demi kelancaran KOPAS

Kepada: yang berkenaan Tarikh : 15hb March 2010


Tuan,

PERKARA : SURAT PENJELASAN UNTUK TIDAK HADIR MESYUARAT

Merujuk kepada minit mesyuarat ALK siri ke 9, yang telah dipersetujui oleh ALK, anda teleh didapati tidak hadir mesyuarat pada tarikh di bawah tanpa pengetahuan, alasan dan kelulusan pihak KOPAS.

a) 10/12/2009 Mesyuarat ALK Siri ke 6
b) 10/2/2010 Mesyuarat ALK Siri ke 7
c) 6/3/2010 Mesyuarat ALK Siri ke 8
d) 12/3/2010 Mesyuarat ALK Siri ke 9

2. Dengan ini , anda adalah dikehendaki memberi penjelasan secara besemuka dengan semua ahli ALK yang akan dijadualkan pada tarikh seperti berikut.

Tarikh : 20hb March 2010 (hari Sabtu)
Masa : 9.30 malam
Tempat : Di Rumah Ahmad Hassan( No 50, LCP 12/15)

3. Kehadiran anda adalah diwajibkan, sekiranya anda tidak hadir tanpa alasan yang munasabah, kami menganggap anda telah sengaja mengabaikan tanggungjawap anda kepada koperasi. Pihak ALK berhak mengambil pendekatan bersama dan segala keputusan adalah muktamat.

Sekian, dimaklumkan.

"KOPERASI PEMANGKIN EKONOMI"



Yang benar



DR MOHD ROSLI BIN MAJID
(Pengerusi KOPAS)