Pages

Popular Posts

Tuesday 30 March 2010

surat jawapan hasil mesyuarat

Kepada: Yang berkenaan Tarikh : 23hb March 2010


Tuan,
PER: JAWAPAN KEPADA SURAT PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI ALK

Merujuk kepada surat permohonan Perletakan Jawatan saudara yang bertarikh 19hb March 2010, pihak ALK telah bermesyuarat pada malam 21hb March 2010 jam 10mlm – 11.30mlm di 50, Lorong Cakera Purnama 12/15 dan telah memutuskan menerima perletakan jawatan saudara. Menurut undang-undang kecil (UUK KOPAS) pihak Lembaga kena melantik penganti saudara dalam tempoh 60 hari dan nama yang dicadagkan adalah saudara Md Zamer. Beliau di rasakan sesuai disebabkan beliau pernah menjadi setiausaha PASRA. Beliau juga seorang yang berdidikasi, mempunyai semangat team work yang kuat dan minat memajukan koperasi serta mempunyai banyak idea yang cemerlang.


1. Pihak lembaga ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih diatas sumbangan saudara selama ini. Tanpa saudara koperasi kita tidak akan wujud. Nama saudara akan kekal kerana ianya berada dimuka surat terakhir UUK.

2. Koperasi kita berjalan atas dasar amanah dan “Team Work”.Terima kasih kerana saudara amat memahami keadaan ini, walaubagaimana sibuk dan banyak masaalah peribadi pun koperasi kena berjalan kerana itu amanah ahli. Perletakan jawatan saudara dengan sukarela atas sebab munasabah amat dialu-alukan, kerana tindakan disiplin yang akan dikenakan kepada ahli yang bermasalah (contohnya; tidak datang mesyuarat lebih 3 kali, tidak boleh bekerjasama, kelakuan yang boleh menjejaskan perjalanan KOPAS, dll) akan menimbulkan pecah belah dan menyukarkan pentadbiran koperasi.

3. Untuk pengetahuan saudara , keputusan mesyuarat tergempar ALK pada 21hb March 2010 adalah:
a) Menerima perletakan jawatan saudara. Serah menyerah secara betul mestilah di buat kepada saudara Zamer sebagai ALK dan setiausaha KOPAS. Saudara bertanggung jawap memulangkan segala documen penting kepada KOPAS ( surat menyurat, minit mesyuarat AGM dan ALK, UUK samada dalam bentuk hard copy atau soft copy).
b) Melantik ALK baru sehingga AGM pada jun 2010.
c) Saudara juga masih bertanggung jawap keatas ALK jika sebarang penjelasan di perlukan.
d) membincang hal hal lain demi kemajuan KOPAS

4. Akhir kata diharap saudara dapat membantu dan membimbing koperasi bukan sahaja sebagai bekas ALK tetapi sebagai sahabat kami semua.

Sekian, terima kasih.

"KOPERASI PEMANGKIN EKONOMI"





Yang benar



DR MOHD ROSLI BIN MAJID
(Pengerusi KOPAS)


Sk
1. SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA
2. Fail pejabat KOPAS

demi kelancaran KOPAS

Kepada: yang berkenaan Tarikh : 15hb March 2010


Tuan,

PERKARA : SURAT PENJELASAN UNTUK TIDAK HADIR MESYUARAT

Merujuk kepada minit mesyuarat ALK siri ke 9, yang telah dipersetujui oleh ALK, anda teleh didapati tidak hadir mesyuarat pada tarikh di bawah tanpa pengetahuan, alasan dan kelulusan pihak KOPAS.

a) 10/12/2009 Mesyuarat ALK Siri ke 6
b) 10/2/2010 Mesyuarat ALK Siri ke 7
c) 6/3/2010 Mesyuarat ALK Siri ke 8
d) 12/3/2010 Mesyuarat ALK Siri ke 9

2. Dengan ini , anda adalah dikehendaki memberi penjelasan secara besemuka dengan semua ahli ALK yang akan dijadualkan pada tarikh seperti berikut.

Tarikh : 20hb March 2010 (hari Sabtu)
Masa : 9.30 malam
Tempat : Di Rumah Ahmad Hassan( No 50, LCP 12/15)

3. Kehadiran anda adalah diwajibkan, sekiranya anda tidak hadir tanpa alasan yang munasabah, kami menganggap anda telah sengaja mengabaikan tanggungjawap anda kepada koperasi. Pihak ALK berhak mengambil pendekatan bersama dan segala keputusan adalah muktamat.

Sekian, dimaklumkan.

"KOPERASI PEMANGKIN EKONOMI"



Yang benar



DR MOHD ROSLI BIN MAJID
(Pengerusi KOPAS)

jemputan AGM KOPAS

Ruj Kami : KOPAS/10/01 Tarikh : 9hb March 2010

Pengarah Suruhanjaya Koperasi Cawangan Selangor
Lot 01-04, Tingkat 9,
Wisma Sunway Mas, Seksyen 9,
40000 Shah Alam,
Selangor.
Tel No : 03 5510 6427
Fax No: 03 33932637

Tuan,

PERKARA : MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) KOPAS KALI PERTAMA

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa KOPAS akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali pertama pada hari Sabtu, 27hb jun 2010.

Berikut adalah butiran mengenai mesyuarat tersebut:

1. Tempat : Persimpangan Lorong Cakera Purnama 12/15 & 12/17
Seksyen 12, Bandar Puncak Alam
42300 Kuala Selangor,
Selangor.

2. Masa : 9.00 malam

Sehubungan itu, kami dengan sukacitanya ingin menjemput tuan agar dapat hadir pada Mesyuarat Agung Pertama ini. Semoga dengan kehadiran Tuan, akan menyerikan lagi perjalanan mesyuarat dan merapatkan hubungan silaturrahim antara ahli koperasi dengan pihak Tuan.

Sekian, terima kasih.
"KOPERASI PEMANGKIN EKONOMI"



Yang benar



DR MOHD ROSLI BIN MAJID
(Pengerusi KOPAS)

perlantikan bendahari KOPAS

Kepada: Mejar Suhaimi bin Saad Tarikh : 23hb March 2010
No 61, Lorong Cakera Purnama 12/19,
42300 Puncak Alam
Selangor

Tuan,

PER: PERLANTIKAN SAUDARA MEJAR SUHAIMI SEBAGAI AHLI LEMBAGA PENGARAH BARU BERKUAT KUASA SERTA MERTA

Perkara diatas dirujuk
a) Surat perletakan jawatan Saudara Hj Zaidi bertarikh 11hb March 2010
b) Mesyuarat tergempar ALK KOPAS pada 21hb March 2010 di rumah Ahmad Hassan. no 50, LCP 12/15.

1. Merujuk perkara diatas saudara telah dilantik dengan rasminya sebagai anggota ALK baru menggantikan saudara Hj Zaidi. Ini bagi memudahkan perjalanan koperasi sehingga Mesyuarat Agong akan datang.

2. Di harap saudara dapat mengunakan segala kepakaran saudara, menyumbang idea dan tenaga demi kemajuan koperasi kita sebagaimana perbincangan di Rujuk b. Saudara juga diminta memahami tugas dan tanggungjawap ALK sebagaimana termaktub dalam UUK KOPAS seperti kewajipan hadir mesyuarat ALK, membuat keputusan dan “team responsibility”

3. Konsep koperasi kita adalah zon bebas politik, supaya tidak wujud “perpecahan” membangunkan koperasi dengan kekuatan ahli sendiri bukan dengan meminta sedekah kepada sesiapa dan berat sama di pikul ringan sama di jinjing. Semoga suatu hari nanti koperasi kita akan memiliki satu pusat dimana ianya boleh menyelesaikan segala masaalah ahlinya sebagaimana yang kita impikan bersama (visi KOPAS 2015).

4. Sekian untuk makluman dan tindakan Tuan


"KOPERASI PEMANGKIN EKONOMI"

Yang benar



DR MOHD ROSLI BIN MAJID
(Pengerusi KOPAS)

SK. SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

pelantikan setiausaha baru KOPAS

Kepada: En. Mohd Zamer Abu Baka Tarikh : 23hb March 2010
No 7, Lorong Cakera Purnama 12/14,
42300 Puncak Alam
Selangor

Tuan,

PER: PERLANTIKAN SAUDARA MD ZAMER SEBAGAI AHLI LEMBAGA PENGARAH BARU BERKUAT KUASA SERTA MERTA

Perkara diatas dirujuk
a) Surat perletakan jawatan Saudara Mohd Fadzali bertarikh 19hb March 2010
b) Mesyuarat tergempar ALK KOPAS pada 21hb March 2010 di rumah Ahmad Hassan. no 50, LCP 12/15.

1. Merujuk perkara diatas saudara telah dilantik dengan rasminya sebagai anggota ALK baru menggantikan saudara Mohd Fadzali. Ini bagi memudahkan perjalanan koperasi sehingga Mesyuarat Agong akan datang.

2. Di harap saudara dapat mengunakan segala kepakaran saudara, menyumbang idea dan tenaga demi kemajuan koperasi kita sebagaimana perbincangan di Rujuk b. Saudara juga diminta memahami tugas dan tanggungjawap ALK sebagaimana termaktub dalam UUK KOPAS seperti kewajipan hadir mesyuarat ALK, membuat keputusan dan “team responsibility”

3. Konsep koperasi kita adalah zon bebas politik, supaya tidak wujud “perpecahan” membangukan koperasi dengan kekuatan ahli sendiri bukan dengan meminta sedekah kepada sesiapa dan berat sama di pikul ringan sama di jinjing. Semoga suatu hari nanti koperasi kita akan memiliki satu pusat dimana ianya boleh menyelesaikan segala masaalah ahlinya sebagaimana yang kita impikan bersama (visi KOPAS 2015).

4. Sekian untuk makluman dan tindakan Tuan.


"KOPERASI PEMANGKIN EKONOMI"

Yang benar



DR MOHD ROSLI BIN MAJID
(Pengerusi KOPAS)

SK. SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

dari meja setiausaha

Daripada:
Mohd Zamer B. Abu Baka
Setiausaha PASRA 25hb March 2009


Kepada:
Dr Mohd Rosli Bin Majid
Pengerusi PASRA

Tuan,

PER: PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI SETIAUSAHA PASRA

Merujuk perkara diatas saya ingin meletakkan jawatan saya sebagai Setiausaha PASRA berkuatkuasa serta merta.

2. Alasan perletakan jawatan saya ini adalah.

i) Saya tidak lagi berupaya dan effective dalam menjalankan tanggungjawap dalam memegang 2 jawatan sekali gus sebagai Setiausaha PASRA dan KOPAS.Oleh itu saya memilih untuk terus memegang jawatan didalam KOPAS.

ii) Memeberi peluang kepada muka-muka baru bagi menonjolkan diri dalam menjalankan tanggujawap terhadap masyarakat.


3. Saya mencadangkan agar diadakan pemilihan jawatan setiausaha pada mesyuarat AGM yang akan datang.

4. Saya amat berharap agar pengerusi dan AJK yang lain dapat merestui perletakan jawatan saya, agar tidak timbul pertindihan tugas dan ini akan merugikan masyarakat itu sendiri.Saya berjanji akan terus membantu secara tidak langsung dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh PASRA.

Sekian terima kasih,


Yang Benar,


Md Zamer Abu Baka
Setiausaha PASRA

cadangan untuk KOPAS

Memo
To: Kopas
From: Aswaji Siron
CC: Dr Rosli
Date: March 30, 2010
Re: Perjumpaan bersama Koperasi Sekolah Selangor ( KOSPEN )
Merujuk perkara di atas ,
Pada 24 Mac 2010 saya ada membuat perjumpaan bersama Koperasi Sekolah Selangor dan Koperasi Seri Murni yang beroperasi di dearah puchong bersama memo ini saya ingin berkongsi maklumat bersama Ahli – Ahli KOPAS yang lain supaya kita mendapat meklumat yang berguna dan kebaikan bersama dan diantara perbincangan saya seperti berikut :-
Perbincangan bersama En Teng Hock Sing ( Eksekutif Jualan KOSPENS )
Biodata : Beliau adalah bekas Guru dan berhenti sebagai Guru untuk menjalankan aktiviti KOOP.
• Perniagaan utama yang dijalankan ialah membekal peralatan Sekolah dan sebagainya.
• Beliau mencadang kan supaya setiap KOOP bergabung dan berkongsi produk yang dijalankan oleh KOOP yang lain.
• Berkongsi maklumat dan mempromosi barangan di tempat yang ditetapkan .
• Beliau mencadangkan supaya KOPAS dapat membekalkan barangan keperluan sekolah kepada KOOP beliau sekiranya mendapat harga yang dipersetujui bersama .
• Sedia berjumpa dengan KOPAS untuk berkongsi pendapat .
Perbincangan bersama En Mahmood ( Tim Pengerusi KOOP Seri Murni )
Boidata : Beliau telah berkhidmat bersama Syarikat swasta yang berpangkalan di Jepun selama 15 tahun sebagai General Manager .
• Perniagaan utama ialah membekal dan mengimport barangan penguna untuk Bumiputera .
• Baru ditubukan selama 3 tahun dan sedang mendapatkan tanah seluas Dua Ribu ekar dan mendapat peruntukan kewangan daripada syarikat yang perpangkalan di Jepun untuk tanaman Kelapa Sawit.
• Mempunyai ahli Ibu tunggal seramai Enam Puluh Dua orang dan bayaran ahli sebanyak RM 100.00 seorang ( ahli yang lain tidak dinyatakan )
• Beliau bercadang untuk mengadakan perjumpaan bersama KOOP lain untuk membuat ’ post mortem ‘ yang mana agenda utama ialah kegagalan KOOP untuk mendapatkan projek daripada pihak kerajaan.
• Beliau akan menganjurkan pameran KOOP yang bertempat di puchong selama dua hari dan menjemput KOPAS untuk mengambil bahagian dengan bayaran sebanyak RM 300 Ringgit .
• Sedia berjumpa pengerusi KOPAS untuk berkongsi maklumat dan pendapat.
• Beliau tidak sehaluan dengan pihak SKM disebabkan berberapa perkara yang tidak memuaskan hati dari segi pergurusan dan lain lain hal.
• Di akhir perbincangan beliau berpesan kepada saya supaya kita semua memberi tumpuan kepada tujuan utama kita menubuhkan KOOP.

Sekian terima kasih semuga KOPAS terus kehadapan bersama misi yang dibawa dan lupakan perkara perkara yang remeh dan beri tumpuan apa tujuan kita menubuhkan KOPAS dan akhir kata dari saya ‘ HOW TO GET MONEY FOR KOPAS . sama –sama kita bincangkan Amin……….