Pages

Popular Posts

Tuesday 30 March 2010

cadangan untuk KOPAS

Memo
To: Kopas
From: Aswaji Siron
CC: Dr Rosli
Date: March 30, 2010
Re: Perjumpaan bersama Koperasi Sekolah Selangor ( KOSPEN )
Merujuk perkara di atas ,
Pada 24 Mac 2010 saya ada membuat perjumpaan bersama Koperasi Sekolah Selangor dan Koperasi Seri Murni yang beroperasi di dearah puchong bersama memo ini saya ingin berkongsi maklumat bersama Ahli – Ahli KOPAS yang lain supaya kita mendapat meklumat yang berguna dan kebaikan bersama dan diantara perbincangan saya seperti berikut :-
Perbincangan bersama En Teng Hock Sing ( Eksekutif Jualan KOSPENS )
Biodata : Beliau adalah bekas Guru dan berhenti sebagai Guru untuk menjalankan aktiviti KOOP.
• Perniagaan utama yang dijalankan ialah membekal peralatan Sekolah dan sebagainya.
• Beliau mencadang kan supaya setiap KOOP bergabung dan berkongsi produk yang dijalankan oleh KOOP yang lain.
• Berkongsi maklumat dan mempromosi barangan di tempat yang ditetapkan .
• Beliau mencadangkan supaya KOPAS dapat membekalkan barangan keperluan sekolah kepada KOOP beliau sekiranya mendapat harga yang dipersetujui bersama .
• Sedia berjumpa dengan KOPAS untuk berkongsi pendapat .
Perbincangan bersama En Mahmood ( Tim Pengerusi KOOP Seri Murni )
Boidata : Beliau telah berkhidmat bersama Syarikat swasta yang berpangkalan di Jepun selama 15 tahun sebagai General Manager .
• Perniagaan utama ialah membekal dan mengimport barangan penguna untuk Bumiputera .
• Baru ditubukan selama 3 tahun dan sedang mendapatkan tanah seluas Dua Ribu ekar dan mendapat peruntukan kewangan daripada syarikat yang perpangkalan di Jepun untuk tanaman Kelapa Sawit.
• Mempunyai ahli Ibu tunggal seramai Enam Puluh Dua orang dan bayaran ahli sebanyak RM 100.00 seorang ( ahli yang lain tidak dinyatakan )
• Beliau bercadang untuk mengadakan perjumpaan bersama KOOP lain untuk membuat ’ post mortem ‘ yang mana agenda utama ialah kegagalan KOOP untuk mendapatkan projek daripada pihak kerajaan.
• Beliau akan menganjurkan pameran KOOP yang bertempat di puchong selama dua hari dan menjemput KOPAS untuk mengambil bahagian dengan bayaran sebanyak RM 300 Ringgit .
• Sedia berjumpa pengerusi KOPAS untuk berkongsi maklumat dan pendapat.
• Beliau tidak sehaluan dengan pihak SKM disebabkan berberapa perkara yang tidak memuaskan hati dari segi pergurusan dan lain lain hal.
• Di akhir perbincangan beliau berpesan kepada saya supaya kita semua memberi tumpuan kepada tujuan utama kita menubuhkan KOOP.

Sekian terima kasih semuga KOPAS terus kehadapan bersama misi yang dibawa dan lupakan perkara perkara yang remeh dan beri tumpuan apa tujuan kita menubuhkan KOPAS dan akhir kata dari saya ‘ HOW TO GET MONEY FOR KOPAS . sama –sama kita bincangkan Amin……….

3 comments:

DDRM said...

cadangan yang bagus
cadangan tambahan
1. kopas perlu di urus secara perniagaan dimana ia mesti mempunyai kumpulan pengurus yang di ketuai oleh seorang ceo
2. project business mesti di marketkan secara meluas setiap hari
3. perniagaaan khemah tidak boleh di simpan sahaja tanpa di sewakan. nanti rugi. ia akan rosak samada guna atau tidak dengan masa
hot spot di urus dengan baik, boleh menjadi sumber pendapatan utama dan sebagai marketing kepada KOPAS
4. sesiapa yang membuat gangguan kepada perjalanan KOPAS bolehlah di beri surat amaran dan laporan polis boleh di buat jika gangguan itu menyusahkan. negara kita ada undang undang dan peraturan begitu juga KOPAS

DDRM said...

Jadikan setiap kerja kita sebagai ibadat
adakah anda menulis dapat pahala
adakah membaca anda mendapat pahala dan di redhoi Allah

DDRM said...

berhujah dengan cara lebih baik
1. gunakan bahasa sopan
2. bawa bukti quran dan sunnah
3. bawa bukti akal, ilmiah, rujukan pakar terkemuka
4. bawa saksi yang melihat, mendengar, merasa, perkara itu
5. jangan berhujah ikut emosi dan menunjukkan kurangnya ilmu, adap dan akal.
6. jangan guna teknik jahat, victim blaming, menuduh, melebelkan orang bila kalah hujah. terima dengan hati terbuka.
7. melebelkan orang kafir. munafik, fasiq, tasawuf sesat, hindu pekat, cina penipu, melayu malas, shiah , wahabi, orang miskin hina, orang kaya jahat adalah cara berhujah yang menutup pintu kebenaran. terimalah dan dengar hujah berdasarkan ilmu , akal dan nas yang betul.
8. pendapat orang lain bagi membaiki organisasi, ekonomi dan perkhidmatan perlu di hormati.
9. memang memainkan isu politik, bangsa lebih cepat di dengar. lebih panas ia , lebih menarik isu itu dan ramai pengikut, tetapi matlamat kita nak cari kebenaran dan selesaikan masalah walaupun tidak popular.