Pages

Popular Posts

Tuesday 30 March 2010

pelantikan setiausaha baru KOPAS

Kepada: En. Mohd Zamer Abu Baka Tarikh : 23hb March 2010
No 7, Lorong Cakera Purnama 12/14,
42300 Puncak Alam
Selangor

Tuan,

PER: PERLANTIKAN SAUDARA MD ZAMER SEBAGAI AHLI LEMBAGA PENGARAH BARU BERKUAT KUASA SERTA MERTA

Perkara diatas dirujuk
a) Surat perletakan jawatan Saudara Mohd Fadzali bertarikh 19hb March 2010
b) Mesyuarat tergempar ALK KOPAS pada 21hb March 2010 di rumah Ahmad Hassan. no 50, LCP 12/15.

1. Merujuk perkara diatas saudara telah dilantik dengan rasminya sebagai anggota ALK baru menggantikan saudara Mohd Fadzali. Ini bagi memudahkan perjalanan koperasi sehingga Mesyuarat Agong akan datang.

2. Di harap saudara dapat mengunakan segala kepakaran saudara, menyumbang idea dan tenaga demi kemajuan koperasi kita sebagaimana perbincangan di Rujuk b. Saudara juga diminta memahami tugas dan tanggungjawap ALK sebagaimana termaktub dalam UUK KOPAS seperti kewajipan hadir mesyuarat ALK, membuat keputusan dan “team responsibility”

3. Konsep koperasi kita adalah zon bebas politik, supaya tidak wujud “perpecahan” membangukan koperasi dengan kekuatan ahli sendiri bukan dengan meminta sedekah kepada sesiapa dan berat sama di pikul ringan sama di jinjing. Semoga suatu hari nanti koperasi kita akan memiliki satu pusat dimana ianya boleh menyelesaikan segala masaalah ahlinya sebagaimana yang kita impikan bersama (visi KOPAS 2015).

4. Sekian untuk makluman dan tindakan Tuan.


"KOPERASI PEMANGKIN EKONOMI"

Yang benar



DR MOHD ROSLI BIN MAJID
(Pengerusi KOPAS)

SK. SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

No comments: