Pages

Popular Posts

Tuesday 30 March 2010

surat jawapan hasil mesyuarat

Kepada: Yang berkenaan Tarikh : 23hb March 2010


Tuan,
PER: JAWAPAN KEPADA SURAT PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI ALK

Merujuk kepada surat permohonan Perletakan Jawatan saudara yang bertarikh 19hb March 2010, pihak ALK telah bermesyuarat pada malam 21hb March 2010 jam 10mlm – 11.30mlm di 50, Lorong Cakera Purnama 12/15 dan telah memutuskan menerima perletakan jawatan saudara. Menurut undang-undang kecil (UUK KOPAS) pihak Lembaga kena melantik penganti saudara dalam tempoh 60 hari dan nama yang dicadagkan adalah saudara Md Zamer. Beliau di rasakan sesuai disebabkan beliau pernah menjadi setiausaha PASRA. Beliau juga seorang yang berdidikasi, mempunyai semangat team work yang kuat dan minat memajukan koperasi serta mempunyai banyak idea yang cemerlang.


1. Pihak lembaga ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih diatas sumbangan saudara selama ini. Tanpa saudara koperasi kita tidak akan wujud. Nama saudara akan kekal kerana ianya berada dimuka surat terakhir UUK.

2. Koperasi kita berjalan atas dasar amanah dan “Team Work”.Terima kasih kerana saudara amat memahami keadaan ini, walaubagaimana sibuk dan banyak masaalah peribadi pun koperasi kena berjalan kerana itu amanah ahli. Perletakan jawatan saudara dengan sukarela atas sebab munasabah amat dialu-alukan, kerana tindakan disiplin yang akan dikenakan kepada ahli yang bermasalah (contohnya; tidak datang mesyuarat lebih 3 kali, tidak boleh bekerjasama, kelakuan yang boleh menjejaskan perjalanan KOPAS, dll) akan menimbulkan pecah belah dan menyukarkan pentadbiran koperasi.

3. Untuk pengetahuan saudara , keputusan mesyuarat tergempar ALK pada 21hb March 2010 adalah:
a) Menerima perletakan jawatan saudara. Serah menyerah secara betul mestilah di buat kepada saudara Zamer sebagai ALK dan setiausaha KOPAS. Saudara bertanggung jawap memulangkan segala documen penting kepada KOPAS ( surat menyurat, minit mesyuarat AGM dan ALK, UUK samada dalam bentuk hard copy atau soft copy).
b) Melantik ALK baru sehingga AGM pada jun 2010.
c) Saudara juga masih bertanggung jawap keatas ALK jika sebarang penjelasan di perlukan.
d) membincang hal hal lain demi kemajuan KOPAS

4. Akhir kata diharap saudara dapat membantu dan membimbing koperasi bukan sahaja sebagai bekas ALK tetapi sebagai sahabat kami semua.

Sekian, terima kasih.

"KOPERASI PEMANGKIN EKONOMI"





Yang benar



DR MOHD ROSLI BIN MAJID
(Pengerusi KOPAS)


Sk
1. SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA
2. Fail pejabat KOPAS

No comments: