Pages

Popular Posts

Saturday 21 January 2012

LAPORAN FORUM ON POSITIVE THINKING :

 POSITIVE THINKING :
KESANNYA PADA IBADAH, KESIHATAN,
KERJA DAN PERNIAGAAN
LAPORAN FORUM ON
1. Perkara di atas telah diadakan di rumah Doktor Mohd Rosli bin Majid pada 14 jan 2012 ( sabtu malam ahad dari jam 9 pm sehingga 12 pm.

2. Majlis bermula dengan bacaan yassin dan tahlil dari pelajar hafis Al-Rashad dan ahli jamaah surau Hj Ismail.

3. Semua ahli Koperasi Puncak Alam Selangor Bhd,Shah Alam 2, Puncak Alam, Selangor dan PASRA hadir dan mereka menjayakan aktiviti ini dengan menyumbang tenaga , khemah, BBQ, PA system dan kerusi meja.

4. Semua yang hadir telah membawa se ekor ayam untuk projek BBQ seperti yang dipersetujui bersama sebagai program praktical kerjasama positif.

5. Jamuan nasi kampong telah disponser oleh Dr Doktor Mohd Rosli bin Majidi untuk kehadiran 100 orang ( 30 pelajar hafis + 10 ahli surau+ 16 orang ahli keluarga KT 9 + 20 ahli keluarga terdekat+ 20 ahli helwa, pasra dan kopas).

6. Ceramah telah disampaikan oleh ahli panel terdiri dari Doktor Mohd Rosli bin Majid, Dato’ Dr Marzalina dan puan Zunaina.

7. Antara isi ceramah yang di sentuh adalah:

A. Doktor Mohd Rosli bin Majid:

i. Memulakan dengan persolan kenapa setengah orang ceria, setengah berserabut, masam kusut masai. Mengapa setengah yakin, bahagia bergaya dan yang lain rasa rendah diri, sedih dan meyendiri. Mengapa setengah pelupa dan yang lain very organised dan kuat ingatan seperti Firman Allah “ kami yang membacakannya , maka kamu tidak lupa” QS al Aqla.

ii. Menekankan fadilat menuntut ilmu dan majlis mengingati Allah di mana peserta akan di beri ketenangan, malaikat berkumpul sehingga ke aras, dihapus kan dosa dan boleh Berjaya di dunia akhirat.

iii. Allah yang Maha Pemurah dan maha Penyayang, tidak mungkin akan menciptakan kita hambanya seorang lemah, tidak dilengkapkan dengan berbagai keistimewaan.

iv. Positive thinking ditekankan dalam kalimah shahadah di mana ia adalah sebaik baik zikir. Apabila kita menyebut ‘ tiada tuhan yang disembah melain kan Allahkita menolak dan membuang semua kepercayaan negatif, kekuasaan negative melainkan kekuasaan yang satu.

v. Dalam Al- Fatihah juga disuruh ikut golongan positive (orang soleh) jangan ikut golongan negative (orang yang sesat).

vi. Dalam Amalan Haji iaitu melontar di Mina kita di suruh membaling syaitan. Falsafahnya kita di suruh berulang kali membuang sifat negative yang datangnya dari Syaitan kerana ia merosakkan iman, ibadah, kesihatan dan menghalang kita Berjaya di dunia dan akhirat.

vii. Hormon Cortisol akan timbul bila kita risau dan menyebabkan brain damage, begitu juga dengan toksik –ve yang menyebabkan kita letih, tak bermaya disebabkan emosi marah, sedih, malas, dan geram, dengki dll.

viii. Semua kita adalah pemimpin. Jadi seperti zaman kita kanak kanak dulu. Berani mencuba. Cuba berniaga, cuba benda baru, menjadi lebih creative dan innovative. Amalkan Saling bantu membantu, nasihat menasihati ( “Siapakah yang lebih baik perkataannya dari orang yang menyeru ke Jalan Allah”, “sampaikan dari ku walau satu ayat”).

ix. Tingkatkan keyakinan diri ( iman yang kuat). Latihan awalnya boleh di buat dengan modul jalan di atas bara api.

x. Bagaimana nak diagnos dan membuang toksik negative dalam badan agar kekuatan dalaman menyerlah boleh dipelajari dalam modul berikutnya.

xi. Kejayaan yang besar datangnya dari pengorbanan yang besar. Untuk mengujudkan supermarket atau hospital koperasi, ahli mesti menyumbang dan menggunakan serta menyokong kemudahan yang di sediakan.

Xii. Konsep segala yang kita buat adalah ibadah, maka rebutlah agar kita sentiasa mendapat pahala 24 jam sehari.

xiii.  Setiap kita adalah pemimpin dan kita akan di pertanggungjawapkan keatas apa yang di pimpin. kita perlu amanah dan capable.

B. Dato’ Dr Marzalina: rujuk lampiran A tetapi ringkasnya beliau menekankan:

i. Rukan islam dan rukun iman
ii. Untuk Berjaya di dunia dan akhirat ilmu sangat penting. Cara mendapat ilmu adalah melalui:
1. Membaca
2. Lihat
3. Perhati
4. Tanya
5. Mengembara
6. Belajar dari yang lepas
7. Berdoa dan beramal.

C. Puan Zunaina: Beliau menjelaskan konsep positive thinking dalam kontek business dengan menunjukkan perkara berikut:

i. SWOT analisis dengan mengetahui kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang yang ada kita boleh merancang untuk Berjaya. Ada modul khas berkaitan tajuk ini.
ii. Video motivasi bagaimana orang yang tiada kaki dan tangan boleh Berjaya dan menjadi orang hebat dalam member motivasi dan bersukan. Apatah lagi kita yang semuanya cukup.
iii. Video orang yang ada bakat membuat sampan , tapi tidak mengetahui kekuatannya serta membuat kerja menggunakan bahan yang tak elok, akhirnya gagal.
iv. Berbincang peluang dan cara menggunakan kekuatan dan mengatasi kelemahan dalam organisasi.
v. Kepimpinan dalam koperasi. Bersama sama menyelesaikan masalah setempat melalui perniagaan


8. Majlis tamat jam 1 am. Semuga berjaya dunia dan akhirat


4 comments:

DDRM said...

satu program yang baik yang perlu di bauat selalu sebagai peringatan dan menambah semangat kerja dan berusaha dengan gigih

DDRM said...

bagaimana nak istiqomah dan kerja secara berterusan?

DDRM said...

bagaimana nak gerakkan orang melayu

kenapa mereka suka berpolitik dan bertelagah. bagaimana nak elakkan keadaan itu terus berlaku.

bagaimana hilangkan kedengkian dan jadikan mereka bersatu serta bersyukur dengan nikmat ( kesihatan, ekonomi dan politik) yang telah ada

DDRM said...

bagaimana nak jadikan kerja kita sentiasa di kira ibadat .

mahukah anda berkerja dan pahalanyanya sentiasa dapat 24 jam dan seterusnya mengalir ke dalam kubur.

bagaimana kerja sikit dapat ganjaran besar. mahukah anda mengetahuinya.